Kuala Lumpur, Aktual.com – Dua lembaga NGO Malaysia menyerahkan laporan forensik hasil penelitian syarikat United Kingdom terkait video seks sesama jenis yang diduga dilakukan Menteri urusan Ekonomi, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, setelah tiada tindakan daripada pihak berkuasa.
Presiden NGO Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan mengatakan penyebaran video tersebut sangatlah memalukan negara kerana Azmin merupakan Menteri di anggota Kabinet Pemerintahan.
“Kita mohon Sultan Selangor campur tangan, dia (Azmin) Adun (Legislator) di Selangor, DUN (Legislator) Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak yang terletak di dalam Selangor dan kita harap pihak istana dapat mempertimbangkan agar sultan nasihatkan Azmin supaya meletakan jabatan dalam Kabinet.
“Kita sudah serahkan satu lagi laporan forensik kepada Sultan Selangor dan 3 hari lalu kita sudah serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan minggu lalu kepada Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad),” katanya kepada media di depan Istana Bukit Kayangan.
Sebelumnya, dirinya bersama Pengerusi Gerak Padu Selangor, Muhamad Faisal Sufar menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor dan diterima oleh Setiausaha Sulitnya, Munir Bani.
Shahrin mengungkapkan desakan terbarunya ini merupakan lanjutan setelah tiada tindakan daripada Mahathir terhadap Azmin.
“Hari ini cukup seminggu dan tiada tindakan daripada perdana menteri, kami rakyat Selangor sungguh kecewa, kita terkilan kerana tiada tindakan diambil oleh perdana menteri.
“Ini isu integriti negara, seorang Adun, wakil rakyat, ahli Parlimen, memalukan dan mengecewakan kerana tiada tindakan diambil,” katanya.
Shahrin berkata, pihak yang terlibat dalam skandal video ini dibawaa ke pengadilan demi mencari kebenaran. Jika masih tiada tindakan dalam waktu seminggu, NGO ini akan menyerahkan memorandum yang sama ke setiap kementerian, selain mengedarkannya ke kawasan Parlimen Gombak yang dimenangi Azmin.
Sebelumnya, pada 12 Juni 2019 lalu, Mantan Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui terlibat dalam video seks sesama jenis itu dan menyebut Azmin sebagai pasangannya, tetapi hal ini dibantah oleh Wakil Presiden PKR itu dan menuding ada komplotan jahat yang ingin mematikan karir politiknya.
Kemudian, Polisi menahan Haziq sebanyak 2 kali pada Juni dan Juli lalu untuk mengungkap kasus video seks sejenis itu.
Kepala Kepolisian Malaysia, Abdul Hamid Bador pada 18 Juli lalu berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen, tetapi dia tidak dapat menyebut individu yang dikatakan mirip seorang menteri itu.
Tetapi, laporan ringkasan Verden Forensics menyatakan klip video seks sejenis itu tulen dan 2 individu pelaku sama dengan gambar mereka.
Artikel ini ditulis oleh:
Arbie Marwan