Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kuala Lumpur, Aktual.com – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan pesan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mematuhi kebijakan pemerintah yang memberlakukan lockdown mulai hari ini sampai dua pekan ke depan.

“Saya ingin menjelaskan tujuan kerajaan melaksanakan perintah ini. Kenapa sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan dan kilang ditutup.”

“Tujuannya ialah supaya saudara-saudari tidak perlu bergerak ke sana sini. Saudara-saudari tidak perlu bersesak-sesak dalam LRT, MRT atau bas untuk ke tempat kerja. Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengahari. Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan  mereka kepada jangkitan virus COVID-19,” kata Muhyiddin dalam pidatonya Rabu (18/3).

Sebagai informasi bahwa saat ini jumlah korban terinveksi corona di Malaysia, telah mencapai angka 790 orang, dengan jumlah korban meninggal sebanyak 2 orang.

“Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya  perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini insyaAllah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan.”

“Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and  your family,” lanjut Muhyiddin.