Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendesak Presiden AS Donald Trump melatak jawatan.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendesak Presiden AS Donald Trump melatak jawatan.

Kuala Lumpur, aktual.com – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Presiden negara itu, Donald Trump agar meletak jawatan.

Dalam kenyataan di Twitter, kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata kenyataan Mahathir itu tidak selari dengan dialog konstruktif yang menjadi asas hubungan Malaysia dan AS.

“Kami kecewa dengan kenyataan perdana menteri mengenai Presiden Trump.

“Kenyataan perdana menteri tidak selari dengan semangat dialog kontsruktif yang telah lama menjadi asas hubungan AS-Malaysia,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyorot bahawa hubungan dua hala AS-Malaysia telah memberikan hasil penting di rantau ini dan pada skala global.

“Kita telah bekerjasama dalam isu-isu seperti keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar,” katanya.

Ketika ditanya pemberita nasihatnya kepada Trump memandangkan pelan damai Israel-Palestin yang disokong AS tidak dipersetujui Palestin dan sekutunya, Mahathir berkata: “Letak jawatan.”

Mahathir juga menyifatkan Trump mencemarkan peranannya sebagai presiden AS apabila “cuba menggunakan tekanan asing untuk memenangi pilihan raya”.

Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucapannya pada persidangan ketiga Liga Parlimen Untuk Al-Quds di Kuala Lumpur.

Al-Quds merujuk kepada sebuah bandar di Baitulmuqaddis – sebuah tanah yang dianggap suci bagi ketiga-tiga agama Ibrahim yang utama – yang dituntut oleh Israel dan Palestin sebagai modal mereka.

Ratusan ahli parlimen yang menyertai Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds berkumpul di Kuala Lumpur dan meluluskan sembilan resolusi berhubung sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin.

 

Artikel ini ditulis oleh:

Editor: Eko Priyanto