Kuala Lumpur, Aktual.com – Partai Keadilan Rakyat (PKR) harus memainkan peranan sebagai partai terbesar dalam koalisi Pakatan Harapan (PH) untuk terus menyuarakan tentang tanggal peralihan kekuasaan perdana menteri dari Tun Mahathir Mohamad kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang pernah menganggotai PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, partai itu harus bertindak untuk menuntut kepastian tanggal peralihan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana PKR mempunyai hak untuk berbuat demikian.

“Satu perkara yang perlu dilakukan (PKR) ialah untuk mengesahkan semula pada Mei 2020 sebagai tarikh Anwar menjadi PM. Anda mempunyai hak untuk menentukan tarikh pengambilalihan kerana anda adalah parti terbesar. Bertindak seperti itu,” katanya di Twitter.

Dia juga berkata, partai seharusnya membahas masalah tersebut dalam musyawarah yang sedang dilaksanakan hari ini.

Hal ini merujuk kepada isu peralihan kekuasaan antara Dr Mahathir dengan penggantinya, Anwar Ibrahim.

Anwar sebelumnya berkata bahwa dirinya yakin akan menjadi perdana menteri seterusnya.

“Saya berpuas hati dengan jaminan berterusan, saya jamin beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar,” katanya.

Mahathir konsisten dengan janjinya untuk melepaskan jabatannya dan menghormati konsensus dalam Pakatan Harapan.

“Kami akan membincangkan tarikh kemudiannya,” katanya.

Mahathir sebelum ini berkata bahwa masih ada pekerjaan yang perlu dilakukan.

“Kita perlu kaji keadaan, jika kerja tak dibuat atau dibuat separuh, susahlah,” katanya pada Kamis.

Sebelum PRU14, secara jelas PH yang menggabungkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim segera diangkat sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-8 menggantikan Mahathir setelah mendapat pengampunan diraja.

(Arbie Marwan)