Aktual.com – Jodoh dan pertemuan merupakan ketentuan Allah SWT. Hanya saja setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeda dalam hal jodoh. Namun kadang jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan tapi sudah ke arah sebuah perkahwinan.
Masih soal jodoh, ada juga yang sudah bertahun mengenal antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya. Dengan kata lain Allah SWT telah mentakdirkan jodoh yang ideal untuk anda.
Dikutip dari islam itu Indah, Sabtu (23/2) bersumber www.apakes.com, setidaknya ada enam tanda ‘si dia’ bukan jodoh anda dalam Islam. Berikut ulasannya:
1. Tidak Bawa Jumpa Keluarga
Salah satu hal yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat apabila dia tidak mengenalkan anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia mahu menyembunyikan hubungan tersebut dari ketahui orang.
Biasanya seorang yang serius tidak akan malu untuk memperkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti ia tidak akan berani bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.
2. Kurang komunikasi
Komunikasi merupakan perkara penting dalam sebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan jadi semakin hambar. Banyak yang mengatakan jika seseorang berjodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya.
Sebaliknya jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.
3. Tiada Rasa Percaya
Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan. Karena jika ia adalah jodoh yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya akan saling percaya meski terpisah jarak yang jauh.
4. Tidak Ada Komitmen Untuk Masa Depan
Hubungan yang baik akan selalu dilandasi oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk bisa melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius . Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Nah, bagaimana yang komitmennya saja sudah tidak ada. Apakah layak disebut jodoh.
5. Jodoh Tidak Disukai Keluarga
Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapapun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.
6. Tidak Ada Sikap Terbuka
Setiap orang pasti memiliki rahsia dalam kehidupannya. Namun, bagi mereka yang berjodoh pasti akan saling terbuka terhadap rahsia masing-masing yang dimiliki. Apalagi jika hubungan telah mengarah ke perkahwinan. Daripada mendengarnya dari orang lain, lebih baik mendengarnya sendiri dari anda. Namun, jika pasangan anda terlalu berahsia, maka hal ini boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda.
Artikel ini ditulis oleh: