Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kuala Lumpur, Aktual.com – Pemerintah Malaysia mengeluarkan kebijakan baru Senin (23/3) siang ini, sebagai upaya menjamin rakyatnya selama diberlakukan karantina nasional (Lockdown) di negeri jiran tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan dalam pidatonya bahwa dia peduli terhadap rakyat yang terdampak masalah ekonomi akibat wabah corona ini.

“Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai
yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil
terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan
pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji, malah
para majikan pun ramai yang menanggung kerugian kerana
perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat
sementara waktu,” kata Muhyiddin.

“Oleh sebab itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari
ini telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang saya harap
dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung
oleh anda semua ketika melalui waktu yang sukar ini. Inisiatif-
inisiatif yang akan saya umumkan ini adalah sebahagian
daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat
yang lebih komprehensif yang akan saya umumkan dalam masa
terdekat,” kata Muhyiddin.

Adapun kebijakan yang dikeluarkan PM Malaysia selama masa lockdown ini diberlakukan yakni:

Pertama, membolehkan warga Malaysia yang berumur di bawah 55 tahun untuk mencairkan tabungan pensiunnya, yang dapat digunakan untuk kebutuhan sehari-hari.

“Pertama, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah
RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang
berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang
simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada
kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12
bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif
ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP,
dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40
billion.”

Kedua, pemerintah Malaysia mengucurkan RM500 Juta kepada Kementerian Kesehatan untuk membeli kebutuhan medis dalam penanggulangan corona, dan mengucurkan RM100 Juta untuk merekrut 2.000 tenaga relawan kontrak.

“Kedua, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19. Peruntukan ini antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19. Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.”

Ketiga, pemerintah akan mengucurkan anggaran RM130 Juta kepada semua negara bagian dalam penanggulangan corona.

Keempat, pemerintah memberikan kelonggaran untuk pembayaran pinjaman tabungan pendidikan tinggi dari 3 bulan menjadi 6 bulan.

“Selain daripada inisiatif-inisiarif yang saya umumkan ini,
kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah tambahan
untuk membantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar
pada waktu ini. Langkah-langkah komprehensif sedang diteliti
oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira
kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini,” kata Muhyiddin sebelum mengakhiri.